ADSENSE

Monday 19 December 2011

RAWATAN KESUBURAN DI MAC HUKM

Salam dan selamat sejahtera kepada pembaca yang setia..

Esok (20 Disember 2011) saya ada perjumpaan pertama dengan pakar di MAC HUKM. Kes saya mulai esok akan dirujuk ke MAC. Kata staff di MAC, saya perlu menyediakan RM50 untuk bayaran perubatan esok.Dan perlu membawa GL katanya ada sesetengah ubat boleh didapati dengan percuma jika ada GL.

Hem, berdebar menunggu esok.. Esok saya akan kongsikan cerita selanjutnya..
Jumpa esok ye semua..

Sambungan....


Hari ini 20 Dismber 2011...

Seperti yang dijanjikan, saya akan kongsikan perjumpaan pertama dengan pakar kesuburan di MAC...
Tiba disana jam 9.20 pagi, memang dah jangka orang dah ramai..so kenelah tunggu giliran...Untuk rawatan hari ini, saya hanya membayar RM30 sahaja..

Jam 12.15 t/hari barulah nama saya dipanggil untuk bertemu pakar...Huh berdebar sangat..
Tengok fail rawatan saya atas meja Prof. memang dah tebal..Prof bertanyakan tentang rawatan yang telah saya ikuti..Panjang lebar la saya ceritakan termasuk la en. suami...

Setelah diteliti, Prof menyatakan yang kami berdua normal..Tiada masalah yang ketara yang tidak membolehkan saya untuk hamil..hemmm... Satu persatu dijelaskan oleh Prof tentang kaedah rawatan yang dicadangkan...Memang tergamam la juga bila dikatakan normal, tetapi kenapa saya belum hamil?
Dalam hati saya cuma terdetik, mungkin belum rezeki lagi untuk mendapat zuriat..Allah nak kami berusaha lagi..

Prof mencadangkan dua kaedah iaitu kaedah pertama dengan mencuba sendiri dengan bantuan ubat Clomic dan kaedah yang kedua ialah melalui IUI...Jadi, kami membuat keputusan untuk mencuba sendiri dengan ubat clomic untuk bulan Disember ini.. Jika ditakdirkan masih belum berjaya, pada Januari tahun hadapan iaitu tahun 2012 saya nekad untuk membuat IUI..

Harapan saya agar saya boleh mengandung secara normal tanpa IUI..Kawan-kawan terim kasih kerana mendoakan yang terbaik untuk saya..Kita jumpa lagi pada Januari 2012..
Terima kasih semua...

Tuesday 29 November 2011

TITIK HITAM SUKAR DIPADAM

Hai pembaca yang setia…

Terima kasih kerana sudi megunjungi laman blog ini. Lama rasanya tidak singgah diblog ini kerana faktor kekangan masa dan kesihatan. Harapan saya agar pembaca yang setia ini akan sentiasa ceria dan sihat selalu.
Bercakap tentang titik hitam sukar dipadam ini, saya rasa setiap orang mempunyai sejarah ataupun kisah silam yang sukar untuk dikikis dan dilenyapkan dalam kehidupan sampai ke hari ini.

Pada saya, perkara yang lepas boleh menjadi semangat pada hari yang mendatang dan ia juga boleh menjadi sebaliknya. Ia terpulang kepada individu yang menghadapinya untuk menangani keadaan tersebut.
Jika difikir dari sudut yang positif, sudah pasti ianya akan berkesudahan dengan baik. Inilah hendaknya dan meneruskan perjalanan diatas muka bumi ini dengan tenang dan tabah. Untuk mendengar dan menasihati memang mudah, tapi untuk menanggung dan menelan semuanya ini hanya diri sendiri yang mampu menjawab segala persoalan ini.
Hadirnya post ini bukan untuk mengimbau sejarah lama, bukan jua untuk mengungkit keperitan semalam, tetapi sekadar berkongsi dan iktibar. Yang baik adalah daripada-NYA. Kita hanya menerima dengan redha.
Cuba kita diam sejenak dan fikir apa akan jadi pada hari esok. Adakah lebih baik, adakah sama dan adakah lebih teruk dari semalam? Semuanya ini hanya kita yang akan mampu membuat pilihan dengan izin dan kehendak-NYA.

Sebegitu banyak pilihan yang diberikan untuk kita membuat pilihan, mengapa ada pilihan yang salah? Apa agaknya jawapan untuk persoalan ini. Tepuk dada tanyalah selera. Andai aku pilih itu, sudah pasti ini tidak akan terjadi dan andai aku pilih merah, sudah pasti kuning ini tidak akan wujud. Ada soalan, ada juga jawapan. Fikirkan.

Kesudahan yang baik, itulah harapan. Andai diberi peluang kedua, adakah perkara yang sama tidak berulang. Terungkaikah segala persoalan ini dengan hanya berdiam dan menunggu saja apa yang akan berlaku tanpa usaha yang gigih.

Percayalah setiap manusia mempunyai hak untuk terus mendapat yang terbaik kerana kita adalah sama disisi-NYA. Yakin pada diri sendiri, jangan sekali-kali berputus asa dan menyesal dengan keputusan yang telah dibuat.

Tetapi berusahalah untuk mendapat yang terbaik. Moga hari esok akan lebih baik dari hari ini dan semalam. Sesungguhnya tiada had dan batasan waktu untuk mencari peluang untuk terus hidup bahagia di dunia dan di Akhirat kelak.

Sekian, moga berjumpa lagi……. 

Sunday 23 October 2011

CLOMID USAHA UNTUK MENGANDUNG 3

Salam semua....

Hari ini 24 Oktober 2011 temujanji yang ke 4 dengan pakar O&G HUKM..

Pejam celik dah dekat setahun saya membuat rawatan kesuburan ni..Memang terasa lambat sangat proses demi proses berlalu. Tak tahu bila penghujungnya kepada rawatan ini. Hari ni perjumpaan dengan doktor memang dah agak doktor yang berlainan. Asyik berubah je doktor, fedup je rasa..

Yang geram plak, hari ni tak dapat MC..Adoi korbankan je la cuti tahunan aku..Dah la sikit je balance lagi nak sampai akhir tahun ni...Pening-pening..

Ingatkan doktor yang sama, tengok2 doktor lelaki cina. Macam blur2 je, siap tanya lagi apa rawatan yang dah dibuat..hem tak kan la tak tengok report. Nampak sangat tak study case..Bosan..Sembang2 kosong je, then cakap tunggu lagi 2 minggu buat test UPT.. Lau positif, datang buat buku merah..huh, panas je hati..

 Lepas je jumpa dotor cina ni, kene gi buat temujanji dengan MAC untuk buat IUI kalau masih tak mengandung lagi..Alamak dapat doktor lelaki melayu.. Tak tahu la macam mana nak hadapi semua ni. Nak buat IUI dengan doktor lelaki lagi tu.wawawawa tak sanggup..

Kawan-kawan doakan saya moga saya berjaya mengandung normal ye..Dua minggu lagi UPT...Ya Allah bagi la semua berjalan lancar..Kalau positif, tak yah buat IUI dah..

Temujanji untuk IUI pada 20 Disember ni..lagi dua bulan la dari sekarang..

Ok semua, jumpa lagi..Bye..

Monday 10 October 2011

CLOMID USAHA UNTUK MENGANDUNG 2

Selamat petang semua.......

Seperti yang dijanjikan pada post yang lepas, saya akan kongsikan keputusan TVS scan untuk hari ini 10/10/11... Alhamdulillah keputusannya agak baik dan memberi harapan yang tinggi buat saya dan suami...

Buat masa ini, perut saya rasa agak kejang sedikit mungkin kerana hari subur saya telah tiba. Tadi Doktor cakap sel telur saya dah pecah dan mungkin telah disenyawakan kerana terdapat satu folikel yang agak besar didalam rahim. Harapan untuk terjadi kehamilan agak tinggi.

Dalam masa dua minggu lagi, saya akan membuat UPT untuk check samaada saya mengandung atau tidak...Huh, sangat mendebarkan tetapi seronok juga kerana peluang saya agak tinggi..Jadi sekarang ini saya hanya amalkan makan asid folic, madu dan minum air dengan kuantiti yang banyak untuk mengelak pening kepala.

Tadi nasib baik sel telur saya dah pecah sendiri, kalau tidak doktor akan membuat suntikan ubat untuk memecahkan sel telur...(hem..saya takut jarum) hehehehe....

Memang badan rasa letih sangat dan rasa tak cukup rehat..Memandangkan dos Clomid 50MG telah mencukupi untuk saya, jadi saya tidak perlu untuk menambah Clomic pada dos yang lebih tinggi pada bulan hadapan.. 

Temujanji yang seterusnya untuk berjumpa pakar O&G adalah pada 24/10/11 ini..

Jika ada perkembangan semasa, saya akan kongsikan ye...

Semoga jumpa lagi... Salam....


Thursday 6 October 2011

CLOMID USAHA UNTUK MENGANDUNG

Salam dan selamat sejahtera semua..

Terima kasih kerana setia membaca blog dan mengikuti perkembangan rawatan saya...Post kali ini saya akan kongsikan penggunaan ubat Clomid usaha untuk mendapatkan zuriat.

Clomid adalah ubat yang boleh menambah dan mematangkan sel telur wanita.Hormon saya memang tak stabil. Saya telah dinasihatkan oleh doktor untuk mengambil pil Clomid pada hari ke  2 haid. hari ke 2 haid adalah pada hari kedua kita datang haid. Pil clomid ini harus dimakan pada hari ke 2 hingga ke 6 haid. Dinasihatkan juga supaya makan pil ini pada waktu yang sama, maksud saya kalau makan waktu malam, jadi teruskanlah makan pada waktu malam juga sampai hari ke 6..

Pada bulan pertama, doktor akan bagi pil clomid 50MG dulu untuk tengok perkembangan sel telur wanita. Saya telah mengambil pil ini pada 27/9 yang lepas dan membuat TVS di MAC HUKM pada 7/10 iaitu pada hari ke 12 haid.

TVS scan ni adalah untuk melihat sel telur wanita. Untuk TVS scan, bayaran sebanyak RM50 di kenakan. TVS ni sekejap je dah siap dalam masa 5 minit je dan tak sakit pun. Nasib baik doktor perempuan yang scan, tak la malu sangat. hehehehe....

Alhamdulillah sel telur saya doktor cakap ok dan cukup matang. Jadi saya dinasihatkan supaya jangan stress sangat. Kene banyak rehat dan banyak-banyak lah makan ulam dan buah-buahan....(yang ni saya memang liat la sikit...saya tak suka makan sayur ni..). Tetapi demi mu wahai bakal anakkku, ku relakan...Amin...

Pada 10/10 ni iaitu hari ke 15 saya kene buat scan lagi sekali untuk melihat perkembangan sel telur... Kawan-kawan terima kasih kerana mendoakan saya...

Ok semua, nanti 10/10 ni saya kongsikan ye keputusannya.

Semoga berjumpa lagi...

Sekian dulu untuk post kali ini.. Terima Kasih.

Saturday 20 August 2011

wanita seluruh dunia: RAWATAN HSG SEBELUM IUI

wanita seluruh dunia: RAWATAN HSG SEBELUM IUI: Hello, Hai semua... Kawan-kawan yang ada pengalaman membuat rawatan HSG dan IUI, boleh berkongsi pengalaman disini. Saya telah membuat r...

GOLDEN CHURN CREAMY BUTTER

Hai..

Saya tahu mesti ramai rakan-rakan diluar sana yang menggunakan jenama ini untuk membuat biskut terutama biskut hari raya.

Hem, saya pun sama. Dah banyak biskut raya yang saya buat menggunakan butter ni. Sedih jer tenguk biskut-biskut yang hendak dibuang.

Pada mulanya memang saya tak percaya dengan berita yang megatakan butter jenama ini disahkan tidak halal. Tapi setelah saya sendiri yang mendengar berita, pihak JAKIM juga telah mengesahkannya, saya tak berani menggunakan butter jenama ini lagi. Sekarang, saya terpaksa membuang biskut semprit dan dahlia yang telah dibuat untuk raya tahun ni. Wa wa wa sedih jer. Tapi tak pe, mencari yang halal adalah lebih baik.

Segala peralatan yang telah digunakan untuk membuat biskut menggunakan butter jenama ini telah disamak. Harap rakan-rakan yang di luar sana juga mengambil langkah yang sama.

Tuesday 16 August 2011

RESEPI BISKUT RAYA









BISKUT ARAB (WARNA-WARNI)

Bahan A

250 gm tepung gandum** Diayak dahulu
125 gm gula halus** Blend gula kat umah pun boleh
125 gm minyak sapi
pewarna..merah ..kuning dan hijau** zizie suka warna coklat putih jer

Caranya:

1. Gaulkan semua bahan A sehingga sebati.
2. Bahagikan adunan kepada 3 warna dan masukkan warna yg berlainan saperti merah, kuning dan hijau.
3. Bentukkan adunan saperti bebola dan cantumkan 3 warna saperti dalam gambar.
4. Masukkan dalam paper-cup dan bakar dalam 180′C selama 20-25 minit.
5. Bila dah sejuk taburkan gula halus. ** tapi Zizie selalu buat terus gaul gula castor pastu masuk dalam paper cup then terus bakar. Gula tak cair pun, ok jer. 
6. Simpan dalam balang kedap udara.











BISKUT ARAB (PUTIH)
Bahan-Bahan:
·         500 gm tepung gandum
·         250 gm gula halus
·         250 gm minyak sapi
Cara:
·         Gaulkan tepung dengan gula dan minyak sapi yang telah dicairkan hingga sebati.
·         Ambil sedikit adunan dan bulat-bulatkan sebesar guli kemudian dileperkan sedikit.
·         Bakar hingga elok kuningnya. Setelah masak angkat dan disejukkan.

·         Kemudian digolekkan di atas gula halus.










BISKUT SEMPRIT
Bahan-bahan
1/2 cawan butter
1/2 cawan gula kastor
1 biji kuning telur
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung kastard
1 sudu teh esen vanilla
buah ceri untuk hiasan

Cara2 menyediakan

1. butter dan gula dipukul hingga sebati
2. kemudian masukkan kuning telur.
3. masukkan esen vanilla dan tepung kastard.
4. setelah sebati masukkan tepung gandum dan diuli hingga menjadi doh.
5. tekan doh di dalam acuan samprit hingga membentuk seperti bunga. letakkan ceri.
6. bakar dengan suhu 180 darjah celcius selama 20 minit.








BISKUT DAHLIA
BAHAN-BAHANNYA

300 g mentega
160 g gula aising
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla
240 g tepung gandum
100 g tepung jagung
160 g tepung kastard

Ceri merah/hijau untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA
1.      Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanilla/rose dan putar hingga kembang.
2.      Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan.
3.      Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit.
4.      Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.








 
BISKUT MAMA CARY
BAHAN-BAHAN
  • 300gm mentega/marjerin
  • 375gm tepung gandum
  • 130gm tepung jagung
  • 100gm gula icing
  • 1/2 sudu teh esen vanila
BAHAN UNTUK HIASAN
  • 1 biji putih telur
  • 100gm gula icing
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • Ayak tepung gandum & tepung jagung-ketepikan.
  • Pukul mentega/marjerin dan gula icing hingga kembang.
  • Masukkan esen vanila.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh lembut.
  • Canai doh dan terap dengan acuan berbentuk “heart”.
  • Sapukan HIASAN (sila lihat “HIASAN” di dalam gambar) keatas biskut yg telah diterap. Utk melorek, gunakan lidi.
  • Bakar pada suhu 150C selama 20-30 min, atau sehingga masak. Gunakan api bawah supaya hiasan tidak berwarna perang.
CARA UNTUK HIASAN
  • Pukul putih telut hingga gebu.
  • Masukkan gula & tepung. kacau sebati.
  • Ambil 1 sudu besar adunan dan titikkan dgn pewarna atau emulco kegemaran anda.
  • Sapukan putih telur keatas biskut
  • Lorek kan dgn adunan yg telah dicampur dgn pewarna/emulco.












BISKUT SARANG SEMUT

Bahan
250 gm butter
100 gm gula halus
350 gm tepung gandum( diayak)
100 gm tepung jagung (di ayak)
1 biji kuning telur

1 s/teh esen vanilla

hiasan
Sedikit coklat rice
sedikit manik gula kecil warna-warni
paper-cup kecil

Cara
1. Pukul kembang butter dan gula.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata.
3. Masukkan tepung dan gaul rata.
4. Parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan sudukan kedalam paper-cup.
5. Taburkan coklat rice dan manik gula kecil.
6. Bakar dalam oven dgn suhu 180’C sampai masak (anggaran 15 minit).

7. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.



Thursday 11 August 2011

RAWATAN HSG SEBELUM IUI

Hello, Hai semua...

Kawan-kawan yang ada pengalaman membuat rawatan HSG dan IUI, boleh berkongsi pengalaman disini.

Saya telah membuat rawatan HSG di HUKM pada Julai yang lepas. Disini saya akan berkongsi pengalaman saya dengan rakan-rakan pembaca semua. Rawatan HSG akan dibuat pada hari yang ke 10 dari tarikh haid kita. Faham tak ? ok tak pe. Hari pertama haid adalah dikira sebagai hari pertama. Contoh hari pertama haid adalah pada 1 Julai, maka hari yang ke 10 adalah 10 Julai. Jelaskan.

Tapi, bagi mereka yang mempunyai haid yang panjang, doktor akan saranan membuat rawatan HSG pada hari yang ke 12. Jika haid masih lagi keluar, rawatan HSG tidak boleh diteruskan. Jadi tunggulah untuk haid yang akan datang.

Sebenarnya rawatan HSG tidaklah sakit seperti yang digambarkan. Ia bergantung kepada individu itu sendiri. Tapi pada saya, agak sakit la kerana saya ni penakut sikit. hehehe. Selepas rawatan ini, perut akan rasa kejang sikit dan darah keluar macam mula-mula haid. Tapi jangan susah hati kerana keaadaan ini akan berlaku selama beberapa hari sahaja dan selepas itu ia kan kembali normal.

Dua minggu selepas buat rawatan ini, saya berjumpa dotor untuk temujanji yang seterusnya. Pada temujanji ini, doktor menyatakan yang tiub fallopio saya dua-dua normal. Alhamdulillah. Sekarang bersedia untuk langkah yang seterusnya.

Dotor mencadangkan saya supaya mengambil ubat clomic untuk membantu telur saya berkembang dan matang. Untuk rawatan clomic ini, saya akan menceritakan pada post yang akan datang. Semoga berjumpa lagi.

sekian, dari wanitaseluruhdunia.blogspot.com


Sunday 7 August 2011

RAWATAN KESUBURAN DI HUKM

Selamat petang semua....

Dalam post kali ini saya akan kongsikan rawatan kesuburan di HUKM. Pada post yang lepas saya telah menceritakan bagaimana saya membuat temujanji yang pertama dengan bahagian O&G HUKM. Harap dapat membantu rakan-rakan untuk langkah pertama membuat rawatan.

Alhamdulillah, masa yang ditunggu telah tiba. Seawal pagi lagi saya dan suami telah sampai di sana. Memang ramai sangat orang. Nasihat saya, datanglah awal, kalau tidak memang petang baru siap. Macam biasa, saya timbang berat badan dan check tekanan darah dulu. Lepas tu tunggu giliran untuk scan rahim.

Sewaktu doktor scan rahim saya, Tuhan je tahu memang takut sangat ada ketumbuhan. Sebab saya rasa keras je dekat rahim. Alhamdulillah normal.

Lepas je scan rahim, tunggu giliran untuk berjumpa doktor. Huh, dekat 3 jam juga la tunggu giliran. Sambil tungu, kami pergi la makan dulu. Kat HUKM mudah untuk makan pagi dan tegah hari. Makanan dekat kafeteria dia pun sedap dan banyak pilihan. So, kepada sesiapa yang tak sempat nak makan pagi, jangan susah hati. Boleh makan disana.

Tiba la giliran untuk berjumpa doktor. Doktor saya tu, doktor perempuan india. Baik sangat. Dia terangkan dengn terperinci dan mudah faham. Memang pada mula temujanji degan doktor, suami kene ikut sekali. Banyak soalan yang ditanya.

Pada hari yang sama juga doktor akan buat papsmear kalau kita tidak haid la. Lepas tu, kene ambil darah untuk day 2 period dan day 21 period.Manakala si suami pula kene buat sperma test sebelum temujanji yang kedua.

Temujanji yang kedua adalah selepas 2 bulan dari tarikh temujanji yang pertama. Pada temujanji yang kedua, doktor terangkan keputusan ujian darah isteri dan sperma suami. Doktor cakap suami saya normal dan saya ada masalah hormon PCOS. Doktor nasihatkan saya supaya makan pil perancang untuk 3 cycle supaya hormon saya stabil dan haid datang on time. Temujanji yang seterusnya adalah 3 bulan selepas teujanji yang kedua.

Pada temujanji yang ketiga, doktor suruh saya buat rawatan HSG untuk check tiub fallopio tersumbat ke tidak. Ok, untuk rawatan HSG saya akan terangkan pada post yang akan datang. Terima kasih. Jump lagi.



RAWATAN MODEN USAHA MENDAPATKAN ZURIAT

Salam dan selamat petang semua.

Pada post ini saya akan kongsikan rawatan moden bagi usaha untuk mendapatkan zuriat. Cerita ini berdasarkan pengalaman saya sendiri dan inign berkongsi bersama rakan-rakan pembaca blog saya. Harapan saya agar semua yang membaca blog ini akan mendapat manfaat dan membuka jalan penyelesaian bagi masalah ini.

Pada mulanya memang saya bercadang untuk membuat rawatan kampung sahaja. Iaitu dengan kaedah urutan bagi masalah saya ini. Tetapi atas nasihat keluarga dan suami, saya mula membuat rawatan di Hospital. Pasti ada rakan-rakan pembaca yang tidak tahu bagaimana cara untuk memulakan rawatan bagi pasangan yang ingin mendapatkan zuriat.

Saya akan kongsikan langkah-langkah bagi mendapatkan rawatan pakar khususnya untuk mendapatkan zuriat di hospital.

Langkah pertama adalah dengan membuat pemeriksaan di klinik bagi permasalahan yang dihadapi. Saya sendiri membuat pemeriksaan di klinik panel bagi masalah saya. Setelah mencuba beberapa kaedah iaitu mengira hari subur dan mengambil ubat seperti vitamin, asid folik dan clomic, doktor menasihatkan saya supaya berjumpa pakar.

Saya menghubungi beberapa klinik dan hospital yang membuat rawatan untuk mendapatkan zuriat, akhirnya saya memilih untuk membuat rawatan di HUKM. Untuk membuat temujanji yang pertama, pihak O&G HUKM meminta surat rujukan daripada klinik panel dan Guarantee Letter (GL)  daripada majikan untuk mendapat status rawatan secara percuma.

Setelah membawa surat rujukan daripada klinik dan GL, akhirnya saya mendapat temujanji yang pertama iaitu pada bulan Febuari 2011. Alhadulillah langkah pertama telah selesai. Berdebar-debar menunggu saat temujanji ini.

Ingin terus mengetahui langkah seterusnya ? Insyaallah saya akan kongsikan pada post akan datang iaitu RAWATAN KESUBURAN DI HUKM. Jadi teruslah menjadi pembaca yang setia dengan blog saya di http://www.wanitaseluruhdunia.blogspot.com/ 
Sekian.

Wednesday 27 July 2011

RAWATAN KAMPUNG USAHA MENDAPATKAN ZURIAT

Salam dan selamat pagi semua.

Dalam post ini saya akan kongsikan beberapa rawatan kampung untuk mendapatkan zuriat. Ini saya cerita berdasarkan pengalaman saya dan sahabat baik saya sendiri.

Setelah genap setahun mendirikan rumah tangga, rasa hidup ini sunyi sangat tanpa zuriat. Melihat kawan-kawan yang baru kahwin, terus dikurniakan zuriat menitis air mata saya. Sayu sangat apabila mengenangkan adik sendiri baru kahwin terus mengandung.

Tiap kali balik kampug, soalan yang selalu ditanya "dah ada anak blom" ? Fuh, susah nak jawab. Siap ada yang tanya "anak dah boleh jalan dah"?. Hemmmm...redha je la. Dah tak mampu nak tepis soalan lagi.

Rawatan kampung, asal cakap je, saya akan pergi. Kawan saya cakap dia pergi rumah mak bidan kat kampung dia, Alhamdulillah dia mengandung selepas tiga kali jumpa mak bidan tu. Jadi dia pun mencadangkan saya jumpa mak bidan tu kerana dia telah hamil. Kawan saya ni dah kahwin setahun lebih dan dia anak tunggal. Memang keluarga dia susah mendapat zuriat. Mak dia dulu pergi Mekah mintak doa dengan Allah, akhirnya Allah makbulkan doa.

Saya bersama suami pergi kerumah mak bidan tu. Mula-mula sampai rumah dia tu, terkejut tengok ramai sangat orang. Kami pergi bawa sireh 7 helai dan air mineral. Akhirnya tiba giliran saya. Mak bidan tu urut dan baca ayat suci Al-Quran, dia cakap rahim saya senget belah kiri. Inilah punca bila bersama suami, air mani banyak keluar balik katanya. Lepas dia betulkan, adalah beza Alhamdulillah....

Dah dua orang kawan saya pergi jumpa mak bidan tu dengan izin Allah berjaya hamil. Saya plak, sempat jumpa mak bidan tu sekali je kerana cuti dah habis dan terpaksa balik ke KL. Insyaallah balik nanti nak pergi lagi.

Monday 25 July 2011

INGIN HAMIL

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera.

Ilmu yang ingin dikongsikan ini adalah mengenai wanita yang ingin hamil. Setiap wanita yang mendirikan rumah tangga sudah pasti ingin mempunyai zuriat dari darah daging sendiri. Zuriat merupakan anugerah kurniaan dari-NYA yang tak terhingga.

Zuriat juga merupakan penyeri didalam rumah tangga. Tangisan dan gelak-tawanya memberikan seribu kemanisan yang mendamaikan. Tetapi Allah Maha Mengetahui, ada juga pasangan suami isteri yang masih belum dikurniakan zuriat setelah sekian lama mendirikan rumah tangga. Kita sebagai hamba-Nya harus berusaha dan memohon kepada-Nya.

Allah Maha Pemurah dan Maha Pengasihani. Setiap yang terjadi pasti ada Hikmahnya. Pada post akan datang, saya akan ceritakan pengalaman saya dalam usaha untuk mendapatkan zuriat. Jumpe lagi.
W'salam.....

PENGENALAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana diberi kesempatan untuk mempunyai Blog sendiri. Diharapkan dengan adanya Blog ini, dapat saya berkongsi serba sedikit ilmu pengetahuan bersama wanita di seluruh dunia. Dan saya juga mengalu-alukan pendapat serta idea semua wanita di seluruh dunia untuk dikongsikan bersama.

Blog saya ini baru dipermulaan. Saya akan berusaha untuk cuba memuatkan dengan ilmu pengetahuan serta panduan bagi kaum wanita yang khususnya.

Wanita hiasan dunia dan seindah hiasan adalah wanita solehah. Wanita atau lebih dikenali dengan kaum hawa merupakan insan yang istimewa. Setiap individu mempunyai pendapat yang berbeza mengenai definisi wanita.

Pada pandangan saya sendiri, wanita adalah insan yang kuat dan penuh dengan nilai-nilai yang terpuji.Tangan wanita yang menghayun buaian, boleh menggongcang dunia.Insyaallah. 

PERDANA MENTERI MALAYSIA TUN DOKTOR MAHATHIR MOHAMAD

Selamat pagi.. Harini saya saja nak kongsi pengalam saya berjumpa PM kita..Saya sebenarnya hanya sekali jumpe Tun dalam hidup saya. Masa t...