ADSENSE

Saturday 20 August 2011

wanita seluruh dunia: RAWATAN HSG SEBELUM IUI

wanita seluruh dunia: RAWATAN HSG SEBELUM IUI: Hello, Hai semua... Kawan-kawan yang ada pengalaman membuat rawatan HSG dan IUI, boleh berkongsi pengalaman disini. Saya telah membuat r...

GOLDEN CHURN CREAMY BUTTER

Hai..

Saya tahu mesti ramai rakan-rakan diluar sana yang menggunakan jenama ini untuk membuat biskut terutama biskut hari raya.

Hem, saya pun sama. Dah banyak biskut raya yang saya buat menggunakan butter ni. Sedih jer tenguk biskut-biskut yang hendak dibuang.

Pada mulanya memang saya tak percaya dengan berita yang megatakan butter jenama ini disahkan tidak halal. Tapi setelah saya sendiri yang mendengar berita, pihak JAKIM juga telah mengesahkannya, saya tak berani menggunakan butter jenama ini lagi. Sekarang, saya terpaksa membuang biskut semprit dan dahlia yang telah dibuat untuk raya tahun ni. Wa wa wa sedih jer. Tapi tak pe, mencari yang halal adalah lebih baik.

Segala peralatan yang telah digunakan untuk membuat biskut menggunakan butter jenama ini telah disamak. Harap rakan-rakan yang di luar sana juga mengambil langkah yang sama.

Tuesday 16 August 2011

RESEPI BISKUT RAYA









BISKUT ARAB (WARNA-WARNI)

Bahan A

250 gm tepung gandum** Diayak dahulu
125 gm gula halus** Blend gula kat umah pun boleh
125 gm minyak sapi
pewarna..merah ..kuning dan hijau** zizie suka warna coklat putih jer

Caranya:

1. Gaulkan semua bahan A sehingga sebati.
2. Bahagikan adunan kepada 3 warna dan masukkan warna yg berlainan saperti merah, kuning dan hijau.
3. Bentukkan adunan saperti bebola dan cantumkan 3 warna saperti dalam gambar.
4. Masukkan dalam paper-cup dan bakar dalam 180′C selama 20-25 minit.
5. Bila dah sejuk taburkan gula halus. ** tapi Zizie selalu buat terus gaul gula castor pastu masuk dalam paper cup then terus bakar. Gula tak cair pun, ok jer. 
6. Simpan dalam balang kedap udara.











BISKUT ARAB (PUTIH)
Bahan-Bahan:
·         500 gm tepung gandum
·         250 gm gula halus
·         250 gm minyak sapi
Cara:
·         Gaulkan tepung dengan gula dan minyak sapi yang telah dicairkan hingga sebati.
·         Ambil sedikit adunan dan bulat-bulatkan sebesar guli kemudian dileperkan sedikit.
·         Bakar hingga elok kuningnya. Setelah masak angkat dan disejukkan.

·         Kemudian digolekkan di atas gula halus.










BISKUT SEMPRIT
Bahan-bahan
1/2 cawan butter
1/2 cawan gula kastor
1 biji kuning telur
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu besar tepung kastard
1 sudu teh esen vanilla
buah ceri untuk hiasan

Cara2 menyediakan

1. butter dan gula dipukul hingga sebati
2. kemudian masukkan kuning telur.
3. masukkan esen vanilla dan tepung kastard.
4. setelah sebati masukkan tepung gandum dan diuli hingga menjadi doh.
5. tekan doh di dalam acuan samprit hingga membentuk seperti bunga. letakkan ceri.
6. bakar dengan suhu 180 darjah celcius selama 20 minit.








BISKUT DAHLIA
BAHAN-BAHANNYA

300 g mentega
160 g gula aising
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla
240 g tepung gandum
100 g tepung jagung
160 g tepung kastard

Ceri merah/hijau untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA
1.      Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanilla/rose dan putar hingga kembang.
2.      Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan.
3.      Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit.
4.      Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.








 
BISKUT MAMA CARY
BAHAN-BAHAN
  • 300gm mentega/marjerin
  • 375gm tepung gandum
  • 130gm tepung jagung
  • 100gm gula icing
  • 1/2 sudu teh esen vanila
BAHAN UNTUK HIASAN
  • 1 biji putih telur
  • 100gm gula icing
  • 1 sudu besar tepung jagung
  • Ayak tepung gandum & tepung jagung-ketepikan.
  • Pukul mentega/marjerin dan gula icing hingga kembang.
  • Masukkan esen vanila.
  • Masukkan tepung sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh lembut.
  • Canai doh dan terap dengan acuan berbentuk “heart”.
  • Sapukan HIASAN (sila lihat “HIASAN” di dalam gambar) keatas biskut yg telah diterap. Utk melorek, gunakan lidi.
  • Bakar pada suhu 150C selama 20-30 min, atau sehingga masak. Gunakan api bawah supaya hiasan tidak berwarna perang.
CARA UNTUK HIASAN
  • Pukul putih telut hingga gebu.
  • Masukkan gula & tepung. kacau sebati.
  • Ambil 1 sudu besar adunan dan titikkan dgn pewarna atau emulco kegemaran anda.
  • Sapukan putih telur keatas biskut
  • Lorek kan dgn adunan yg telah dicampur dgn pewarna/emulco.












BISKUT SARANG SEMUT

Bahan
250 gm butter
100 gm gula halus
350 gm tepung gandum( diayak)
100 gm tepung jagung (di ayak)
1 biji kuning telur

1 s/teh esen vanilla

hiasan
Sedikit coklat rice
sedikit manik gula kecil warna-warni
paper-cup kecil

Cara
1. Pukul kembang butter dan gula.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanilla dan gaul rata.
3. Masukkan tepung dan gaul rata.
4. Parutkan adunan kedalam mangkuk kecil dan sudukan kedalam paper-cup.
5. Taburkan coklat rice dan manik gula kecil.
6. Bakar dalam oven dgn suhu 180’C sampai masak (anggaran 15 minit).

7. Sejukkan dan simpan dalam bekas kedap udara.



Thursday 11 August 2011

RAWATAN HSG SEBELUM IUI

Hello, Hai semua...

Kawan-kawan yang ada pengalaman membuat rawatan HSG dan IUI, boleh berkongsi pengalaman disini.

Saya telah membuat rawatan HSG di HUKM pada Julai yang lepas. Disini saya akan berkongsi pengalaman saya dengan rakan-rakan pembaca semua. Rawatan HSG akan dibuat pada hari yang ke 10 dari tarikh haid kita. Faham tak ? ok tak pe. Hari pertama haid adalah dikira sebagai hari pertama. Contoh hari pertama haid adalah pada 1 Julai, maka hari yang ke 10 adalah 10 Julai. Jelaskan.

Tapi, bagi mereka yang mempunyai haid yang panjang, doktor akan saranan membuat rawatan HSG pada hari yang ke 12. Jika haid masih lagi keluar, rawatan HSG tidak boleh diteruskan. Jadi tunggulah untuk haid yang akan datang.

Sebenarnya rawatan HSG tidaklah sakit seperti yang digambarkan. Ia bergantung kepada individu itu sendiri. Tapi pada saya, agak sakit la kerana saya ni penakut sikit. hehehe. Selepas rawatan ini, perut akan rasa kejang sikit dan darah keluar macam mula-mula haid. Tapi jangan susah hati kerana keaadaan ini akan berlaku selama beberapa hari sahaja dan selepas itu ia kan kembali normal.

Dua minggu selepas buat rawatan ini, saya berjumpa dotor untuk temujanji yang seterusnya. Pada temujanji ini, doktor menyatakan yang tiub fallopio saya dua-dua normal. Alhamdulillah. Sekarang bersedia untuk langkah yang seterusnya.

Dotor mencadangkan saya supaya mengambil ubat clomic untuk membantu telur saya berkembang dan matang. Untuk rawatan clomic ini, saya akan menceritakan pada post yang akan datang. Semoga berjumpa lagi.

sekian, dari wanitaseluruhdunia.blogspot.com


Sunday 7 August 2011

RAWATAN KESUBURAN DI HUKM

Selamat petang semua....

Dalam post kali ini saya akan kongsikan rawatan kesuburan di HUKM. Pada post yang lepas saya telah menceritakan bagaimana saya membuat temujanji yang pertama dengan bahagian O&G HUKM. Harap dapat membantu rakan-rakan untuk langkah pertama membuat rawatan.

Alhamdulillah, masa yang ditunggu telah tiba. Seawal pagi lagi saya dan suami telah sampai di sana. Memang ramai sangat orang. Nasihat saya, datanglah awal, kalau tidak memang petang baru siap. Macam biasa, saya timbang berat badan dan check tekanan darah dulu. Lepas tu tunggu giliran untuk scan rahim.

Sewaktu doktor scan rahim saya, Tuhan je tahu memang takut sangat ada ketumbuhan. Sebab saya rasa keras je dekat rahim. Alhamdulillah normal.

Lepas je scan rahim, tunggu giliran untuk berjumpa doktor. Huh, dekat 3 jam juga la tunggu giliran. Sambil tungu, kami pergi la makan dulu. Kat HUKM mudah untuk makan pagi dan tegah hari. Makanan dekat kafeteria dia pun sedap dan banyak pilihan. So, kepada sesiapa yang tak sempat nak makan pagi, jangan susah hati. Boleh makan disana.

Tiba la giliran untuk berjumpa doktor. Doktor saya tu, doktor perempuan india. Baik sangat. Dia terangkan dengn terperinci dan mudah faham. Memang pada mula temujanji degan doktor, suami kene ikut sekali. Banyak soalan yang ditanya.

Pada hari yang sama juga doktor akan buat papsmear kalau kita tidak haid la. Lepas tu, kene ambil darah untuk day 2 period dan day 21 period.Manakala si suami pula kene buat sperma test sebelum temujanji yang kedua.

Temujanji yang kedua adalah selepas 2 bulan dari tarikh temujanji yang pertama. Pada temujanji yang kedua, doktor terangkan keputusan ujian darah isteri dan sperma suami. Doktor cakap suami saya normal dan saya ada masalah hormon PCOS. Doktor nasihatkan saya supaya makan pil perancang untuk 3 cycle supaya hormon saya stabil dan haid datang on time. Temujanji yang seterusnya adalah 3 bulan selepas teujanji yang kedua.

Pada temujanji yang ketiga, doktor suruh saya buat rawatan HSG untuk check tiub fallopio tersumbat ke tidak. Ok, untuk rawatan HSG saya akan terangkan pada post yang akan datang. Terima kasih. Jump lagi.



RAWATAN MODEN USAHA MENDAPATKAN ZURIAT

Salam dan selamat petang semua.

Pada post ini saya akan kongsikan rawatan moden bagi usaha untuk mendapatkan zuriat. Cerita ini berdasarkan pengalaman saya sendiri dan inign berkongsi bersama rakan-rakan pembaca blog saya. Harapan saya agar semua yang membaca blog ini akan mendapat manfaat dan membuka jalan penyelesaian bagi masalah ini.

Pada mulanya memang saya bercadang untuk membuat rawatan kampung sahaja. Iaitu dengan kaedah urutan bagi masalah saya ini. Tetapi atas nasihat keluarga dan suami, saya mula membuat rawatan di Hospital. Pasti ada rakan-rakan pembaca yang tidak tahu bagaimana cara untuk memulakan rawatan bagi pasangan yang ingin mendapatkan zuriat.

Saya akan kongsikan langkah-langkah bagi mendapatkan rawatan pakar khususnya untuk mendapatkan zuriat di hospital.

Langkah pertama adalah dengan membuat pemeriksaan di klinik bagi permasalahan yang dihadapi. Saya sendiri membuat pemeriksaan di klinik panel bagi masalah saya. Setelah mencuba beberapa kaedah iaitu mengira hari subur dan mengambil ubat seperti vitamin, asid folik dan clomic, doktor menasihatkan saya supaya berjumpa pakar.

Saya menghubungi beberapa klinik dan hospital yang membuat rawatan untuk mendapatkan zuriat, akhirnya saya memilih untuk membuat rawatan di HUKM. Untuk membuat temujanji yang pertama, pihak O&G HUKM meminta surat rujukan daripada klinik panel dan Guarantee Letter (GL)  daripada majikan untuk mendapat status rawatan secara percuma.

Setelah membawa surat rujukan daripada klinik dan GL, akhirnya saya mendapat temujanji yang pertama iaitu pada bulan Febuari 2011. Alhadulillah langkah pertama telah selesai. Berdebar-debar menunggu saat temujanji ini.

Ingin terus mengetahui langkah seterusnya ? Insyaallah saya akan kongsikan pada post akan datang iaitu RAWATAN KESUBURAN DI HUKM. Jadi teruslah menjadi pembaca yang setia dengan blog saya di http://www.wanitaseluruhdunia.blogspot.com/ 
Sekian.

PERDANA MENTERI MALAYSIA TUN DOKTOR MAHATHIR MOHAMAD

Selamat pagi.. Harini saya saja nak kongsi pengalam saya berjumpa PM kita..Saya sebenarnya hanya sekali jumpe Tun dalam hidup saya. Masa t...