ADSENSE

Friday 23 November 2012

IUI TIDAK BERJAYA

Hai semua,

Apa khabar? Pejam celik tahun 2012 hampir meninggalkan kita.. Pertamanya saya nak mintak maaf kerana lama tak update blog.. Sebenarnya saya mengambil keputusan untuk tenangkan fikiran setelah usaha untuk mendapatkan zuriat dengan kaedah IUI sudah dua kali gagal.

Saya sekarang sibukkan diri dengan kerja dan buat bisnes kecilan menjual blueberry cheese tart..Harap hidup saya akan sentiasa ceria. I/allah tahun hadapan saya akan mulakan rawatan seterusnya di HUKM.

Masih dalam perancangan lagi sama ada nak buat IUI kali ke 3, atau pun terus buat IVF. Hem senarai kos untuk buat IVF saya dah ada..Jadual pon dah ada. Cuma tinggal kekuatan untuk melaksanakannya sahaja. Kita hanya mampu merancang, tp hanya ALLAH yang menentukan segalanya.

Apa-apa pon saya akan kongsikan rawatan yang akan saya buat seterusnya dengan anda semua. Saya akhir sekali minta maaf jika ada komen2 yang tak sempat saya balas. Harap dengan kehadiran post saya ini, dapat memberi suntikan semangat buat diri saya untuk terus menulis entry yang baru.

Sekian jumpa lagi ye..

Tuesday 3 April 2012

USAHA MENDAPATKAN ZURIAT DENGAN KAEDAH IUI

Selamat datang tahun 2012. Lama tak update blog. Tiba tahun baru, umur pun dah meningkat. Tua dah rasanya. Tapi, azam nak dapatkan zuriat akan tetap ku teruskan. Insyaallah tahun ni mungkin rezeki nak dapat zuriat Allah makbulkan hajat saya dan rakan-rakan yang lain. Amin..
Saya ceritakan serba sedikit mengenai kaedah rawatan IUI saya di MAC HUKM bersama Prof Hashim. Langkah yang awal adalah mengambil ubat clomid pada hari kedua hingga hari ke 6 period. Contoh ubat clomid makan pada 7 Mac, jadi pada hari yang ke 10 iaitu 16 Mac perlu scan telur untuk mengetahui samada telur kita dah matang ataupun tidak.
Pada 16 Mac hari yang sama jam 8.00 malam, kene suntik ubat Puregon dos 100 iu untuk 3 malam berturut-turut. Memandangkan saya dan suami ni takut jarum, jadi saya ambik suntikan di HUKM. Mintak tolong la misi-misi kat situ injekkan..hehehehe… Sakit la jugak sebab kene injek kat bawah pusat.
19 Mac pergi scan telur lagi. Prof kata ketebalan rahim dengan telur dah cantik, jadi malam ni kene suntik Ovidrel untuk pecahkan telur dan IUI adalah pada 21 Mac. Masa buat IUI pagi tu, memang tak sakit tapi malu sangat..hehehehe…Dalam hati tobat aku tak nak buat lagi IUI ni.. Mintak-mintaklah iui 1st ni terus jadi..i/allah..amin..

PERDANA MENTERI MALAYSIA TUN DOKTOR MAHATHIR MOHAMAD

Selamat pagi.. Harini saya saja nak kongsi pengalam saya berjumpa PM kita..Saya sebenarnya hanya sekali jumpe Tun dalam hidup saya. Masa t...