ADSENSE

Tuesday 22 July 2014

ALHAMDULILLAH IVF BERJAYA

Hai..apa khabar.. maaf lama tak update blog..

2 minggu selepas IVF mula rasa lain..bibir kering dan dahaga.. mula la detik nak test.. takut sebenarnya..tapi kerana tak sabar dan period pon tak datang, pergi la farmasi beli UPT.. cakap kat adik tu nak yang paling tepat..dia pon bagi la clear blue digital..

Balik umah dah pukul 4 petang.. ingat nak test esoknya pagi.. tapi memang tak boleh tahan.. terus test.. hem lama tunggu result tak keluar juga..loading je.. last2 fedup.. biar je kat atas sinki.. Hubby plak yang tak sabar..dia gi tengok..

Keluar je bilik air, nampak dia senyum..haaaaaa pregnan.. mcm x caye.. tengok sendiri Alhamdulillah.. Pregnan 2-3.. Ya Allah syukur sgt2.. akhirnya doa dimakbulkan.. Solat Asar time tu nangis je.. x leh tahan..sebak..besarnya kuasa MU Ya Allah...

Sekarang dah masuk 6 bulan..moga baby sihat dan menjadi anak yang soleh dunia dan akhirat.. Scan dah nampak bird..suka la hubby geng dia..

Hem..pada yang masih berusaha, jangan putus usaha dan doa.. Allah pasti dengar doa kita..
Kuatkan semangat.. Saya ucapkan ribuan terima kasih pada yang mendoakan..saya juga doakan rakan-rakan semua akan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah..Amin..

PERJALANAN IVF KU

Jumpe lagi....

Allah Maha Mengetahui..3 kali iui aku gagal... hem tak pe... Allah tahu apa yang terbaik untuk hambanya... Kali ni aku akan mencuba rawatan IVF... kata doktor peratus kejayaan IVF adalah antara 40-50%...lebih tinggi daripada IUI....

19/12/2013

Perjumpaan pertama dengan doktor untuk planning IVF...
Memandangkan period aku dah ting tong, doktor suruh aku makan pil YASMIN dulu untuk 2 cycle dan IVF aku adalah pada bulan Febuari 2014...
Berikut adalah kos yang aku bayar hari ni.....

Pil Yasmin untuk 2 cycle = RM86
Asid Folic = RM 2
Konsultant = RM 20
Coenzyme Q10 60mg = RM140 (untuk 4 bulan) ***ubat ni suppliment je..tak wajib pon....

TOTAL KOS = RM248

 13/1/2014

Hubby kene freeze kan sperm..
Doktor kata takut quality sperm merosot bila nak buat IVF nanti...
Kos RM50

TOTAL KOS = RM50

21/1/2014

MGTT PROCEDURE.....

Kene ambik darah untuk check gula dan kencing manis.. Takutnyer nak tau result..
Malam sebelum ambil darah tu, start jam 12:00 am hingga 8:00 am kene puasa...
Kul 8.30 am ambil darah...

Kene minum air glukos pula 1 cawan (75g)
Lepas 2 jam, ambil darah kali kedua...

TOTAL KOS = RM0 (free je guna GL)

23/1/2014

Appoinment dengan doktor kali ke 2 untunk sesi kaunseling dan persediaan IVF... Kali ni hubby wajib datang sama... Kami diberi MC 1 hari...

TOTAL KOS = RM20

 26/2/2014

 Period datang..2nd day kene cucuk puregon.

 9/3/2014

Cucuk ovidrell untuk pecahkan telur

 11/3/2014

Collect telur

 14/3/2014

IVF procedure

TOTAL COST : RM 9000 +- la.. details lupa dah..


PERDANA MENTERI MALAYSIA TUN DOKTOR MAHATHIR MOHAMAD

Selamat pagi.. Harini saya saja nak kongsi pengalam saya berjumpa PM kita..Saya sebenarnya hanya sekali jumpe Tun dalam hidup saya. Masa t...