ADSENSE

Tuesday, 29 November 2011

TITIK HITAM SUKAR DIPADAM

Hai pembaca yang setia…

Terima kasih kerana sudi megunjungi laman blog ini. Lama rasanya tidak singgah diblog ini kerana faktor kekangan masa dan kesihatan. Harapan saya agar pembaca yang setia ini akan sentiasa ceria dan sihat selalu.
Bercakap tentang titik hitam sukar dipadam ini, saya rasa setiap orang mempunyai sejarah ataupun kisah silam yang sukar untuk dikikis dan dilenyapkan dalam kehidupan sampai ke hari ini.

Pada saya, perkara yang lepas boleh menjadi semangat pada hari yang mendatang dan ia juga boleh menjadi sebaliknya. Ia terpulang kepada individu yang menghadapinya untuk menangani keadaan tersebut.
Jika difikir dari sudut yang positif, sudah pasti ianya akan berkesudahan dengan baik. Inilah hendaknya dan meneruskan perjalanan diatas muka bumi ini dengan tenang dan tabah. Untuk mendengar dan menasihati memang mudah, tapi untuk menanggung dan menelan semuanya ini hanya diri sendiri yang mampu menjawab segala persoalan ini.
Hadirnya post ini bukan untuk mengimbau sejarah lama, bukan jua untuk mengungkit keperitan semalam, tetapi sekadar berkongsi dan iktibar. Yang baik adalah daripada-NYA. Kita hanya menerima dengan redha.
Cuba kita diam sejenak dan fikir apa akan jadi pada hari esok. Adakah lebih baik, adakah sama dan adakah lebih teruk dari semalam? Semuanya ini hanya kita yang akan mampu membuat pilihan dengan izin dan kehendak-NYA.

Sebegitu banyak pilihan yang diberikan untuk kita membuat pilihan, mengapa ada pilihan yang salah? Apa agaknya jawapan untuk persoalan ini. Tepuk dada tanyalah selera. Andai aku pilih itu, sudah pasti ini tidak akan terjadi dan andai aku pilih merah, sudah pasti kuning ini tidak akan wujud. Ada soalan, ada juga jawapan. Fikirkan.

Kesudahan yang baik, itulah harapan. Andai diberi peluang kedua, adakah perkara yang sama tidak berulang. Terungkaikah segala persoalan ini dengan hanya berdiam dan menunggu saja apa yang akan berlaku tanpa usaha yang gigih.

Percayalah setiap manusia mempunyai hak untuk terus mendapat yang terbaik kerana kita adalah sama disisi-NYA. Yakin pada diri sendiri, jangan sekali-kali berputus asa dan menyesal dengan keputusan yang telah dibuat.

Tetapi berusahalah untuk mendapat yang terbaik. Moga hari esok akan lebih baik dari hari ini dan semalam. Sesungguhnya tiada had dan batasan waktu untuk mencari peluang untuk terus hidup bahagia di dunia dan di Akhirat kelak.

Sekian, moga berjumpa lagi……. 

No comments:

Post a Comment

PERDANA MENTERI MALAYSIA TUN DOKTOR MAHATHIR MOHAMAD

Selamat pagi.. Harini saya saja nak kongsi pengalam saya berjumpa PM kita..Saya sebenarnya hanya sekali jumpe Tun dalam hidup saya. Masa t...