ADSENSE

Saturday 23 November 2013

IUI KE 3

Hai...

Terasa cepat masa berlalu...
Masanya hampir tiba..
Hanya mampu berdoa dan tawakkal kepada-NYA..

IUI kali ni sangat berdebar...Terasa setiap kali teringat IUI, jantung berdegup kencang...
Saya kongsikan pengambilan ubat sebelum IUI...

Setiap pagi memang wajib makan asid folic 1 biji sehari

Day 3 Hingga Day 7  = Femara 2biji setiap pagi

Day 8 Hingga Day 10 = Menopur 150 iu

Day 10                         = TVS Scan

Day 11 Hingga Day 12 = Menopur 150 iu

Day 12                           = TVS Scan + Ubat Progyno 3 biji sehari

Day 13 Hingga Day 15  = Menopur 150 iu + Ubat Progyno 3 biji sehari


Day 15                            = TVS Scan + Ubat Progyno 3 biji sehari

Day 16                            = Ubat Progyno 3 biji sehari

Day 17                            = Ovidrel jam 7pm + Ubat Progyno 3 biji sehari

Day 18                            = Ubat Progyno 3 biji sehari

Day 19                            = IUI procedure






Wednesday 13 November 2013

MENOPUR 75 iu

Hai..

Nak share cerita gi beli ubat menopur tadi...
Memang tak tau camne saya terbaca blog TTC..dia cakap dia pernah ambil ubat ni kat PPUM...
Saya pon call terus farmasi PPUM tanya dan dia cakap ubat ni ada jual kat sana... Memandangkan saya order kat farmasi lambat dapat, jadi saya pon cancell je...

Pagi tadi gi MAC HUKM dulu untuk dapatkan preskripsi doktor.. Ubat ni ada kat MAC tapi tak de resit..tu yang tak beli tu sebab tak boleh claim nanti...

Masa nurse tengah tulis preskripsi tu, datang la nurse dalam bilik scan ni dia cakap ada dua pesakit yang buat IVF berjaya hamil.. Yang paling menggembirakan ada yang hamil kembar 3...Saya yang terdengar diam je tak menyampuk..hanya tompang gembira..Alhamdulillah...dah tiba rezeki dia.. Dalam hati, hem bestnyer dia..

Dah siap buat preskripsi tu, terus ke PPUM...ni 1st time gi sana...hubby drive..sampai je sana terus gi farmasi...tetiba staff sana kata dia tak boleh bagi ubat ni kecuali dengan preskripsi doktor PPUM sahaja..hadoyyai...

Saya pon gi la ambil nombor dan buat pendaftaran untuk jumpa doktor tanpa janji temu...sebagai pesakit luar sahaja...bila nombor dipanggil, saya pon terangkan la story yang panjang ni...lepas tu daftar...Lupa plak bawa GL...nasib ada kad pekerja..staff tu terima dan suruh bawa GL untuk temujanji akan datang.

Huh lega...Sebelum jumpa doktor, kene la timbang berat dan ukur tinggi dulu...macam-macam..layan je le...janji dapat ubat menopur tu..Masa jumpa doktor pon kene terangkan a-z juga...dia cakap ok..siap berbual2 lama juga..sungguh mesra doktor perempuan melayu tu..

Dapat preskription doktor PPUM, baru la farmasi bagi ubat..Alhamdulillah...RM312 total cost...janji dapat resit...

Jumpa lagi...tada ~

Monday 11 November 2013

FEMARA 5MG

Hai... Penatnya harini...

Akhirnya period dah muncul pada 9/11/13 hari sabtu yang lepas...
Jadi pagi tadi gi keje dulu..Halfday je...nak cuti tak boleh..cuti dah tinggal 3 hari jek...hehehe
Balik terus gi HUKM ambil ubat FEMARA untuk persediaan IUI yang ke 3...

Masa ambil ubat tu, nurse cakap nape tak ambil ubat awal2... ni kira lewat dah ni..patutnya kelmarin dah makan...Hai la nurse.... mana la saya tau..macam tak de orang bgtau pon suruh ambil awal2...atau pon saya yang lupa..Layan je le...buat dek jer..last2 dia bagi 10biji FEMARA untuk 5 hari...2biji sekali makan...kiranya hari ni 1st la...ubat ni kene mkn pagi..tp hari ni kul 3pm baru mkn..esok kene mkn pagi dah...

D6 kene ambil ubat menopur dos 150 iu sehari untuk 2 hari je dulu..maknanya hari sabtu ni kene suntik ubat ni...tak tau la camne entah ubat ni ada jual kat MAC HUKM...tapi resit tak de and tak boleh la claim..jadi saya pon cari la ubat ni kat farmasi luar..mahal tau ubat ni..dah la tengah jimat duit..

Puas dah pusing-pusing akhirnya jumpa juga..Alhamdulillah.. sempat la order..jumaat ni baru dapat...
Memandangkan ni 1st time suntik ubat ni, kene la gi mana-mana klinik yang berdekatan untuk mintak tolong..

Harap dipermudahkan oleh-NYA...Amin...

PERDANA MENTERI MALAYSIA TUN DOKTOR MAHATHIR MOHAMAD

Selamat pagi.. Harini saya saja nak kongsi pengalam saya berjumpa PM kita..Saya sebenarnya hanya sekali jumpe Tun dalam hidup saya. Masa t...