ADSENSE

Friday, 23 November 2012

IUI TIDAK BERJAYA

Hai semua,

Apa khabar? Pejam celik tahun 2012 hampir meninggalkan kita.. Pertamanya saya nak mintak maaf kerana lama tak update blog.. Sebenarnya saya mengambil keputusan untuk tenangkan fikiran setelah usaha untuk mendapatkan zuriat dengan kaedah IUI sudah dua kali gagal.

Saya sekarang sibukkan diri dengan kerja dan buat bisnes kecilan menjual blueberry cheese tart..Harap hidup saya akan sentiasa ceria. I/allah tahun hadapan saya akan mulakan rawatan seterusnya di HUKM.

Masih dalam perancangan lagi sama ada nak buat IUI kali ke 3, atau pun terus buat IVF. Hem senarai kos untuk buat IVF saya dah ada..Jadual pon dah ada. Cuma tinggal kekuatan untuk melaksanakannya sahaja. Kita hanya mampu merancang, tp hanya ALLAH yang menentukan segalanya.

Apa-apa pon saya akan kongsikan rawatan yang akan saya buat seterusnya dengan anda semua. Saya akhir sekali minta maaf jika ada komen2 yang tak sempat saya balas. Harap dengan kehadiran post saya ini, dapat memberi suntikan semangat buat diri saya untuk terus menulis entry yang baru.

Sekian jumpa lagi ye..

PERDANA MENTERI MALAYSIA TUN DOKTOR MAHATHIR MOHAMAD

Selamat pagi.. Harini saya saja nak kongsi pengalam saya berjumpa PM kita..Saya sebenarnya hanya sekali jumpe Tun dalam hidup saya. Masa t...