ADSENSE

Thursday 11 August 2011

RAWATAN HSG SEBELUM IUI

Hello, Hai semua...

Kawan-kawan yang ada pengalaman membuat rawatan HSG dan IUI, boleh berkongsi pengalaman disini.

Saya telah membuat rawatan HSG di HUKM pada Julai yang lepas. Disini saya akan berkongsi pengalaman saya dengan rakan-rakan pembaca semua. Rawatan HSG akan dibuat pada hari yang ke 10 dari tarikh haid kita. Faham tak ? ok tak pe. Hari pertama haid adalah dikira sebagai hari pertama. Contoh hari pertama haid adalah pada 1 Julai, maka hari yang ke 10 adalah 10 Julai. Jelaskan.

Tapi, bagi mereka yang mempunyai haid yang panjang, doktor akan saranan membuat rawatan HSG pada hari yang ke 12. Jika haid masih lagi keluar, rawatan HSG tidak boleh diteruskan. Jadi tunggulah untuk haid yang akan datang.

Sebenarnya rawatan HSG tidaklah sakit seperti yang digambarkan. Ia bergantung kepada individu itu sendiri. Tapi pada saya, agak sakit la kerana saya ni penakut sikit. hehehe. Selepas rawatan ini, perut akan rasa kejang sikit dan darah keluar macam mula-mula haid. Tapi jangan susah hati kerana keaadaan ini akan berlaku selama beberapa hari sahaja dan selepas itu ia kan kembali normal.

Dua minggu selepas buat rawatan ini, saya berjumpa dotor untuk temujanji yang seterusnya. Pada temujanji ini, doktor menyatakan yang tiub fallopio saya dua-dua normal. Alhamdulillah. Sekarang bersedia untuk langkah yang seterusnya.

Dotor mencadangkan saya supaya mengambil ubat clomic untuk membantu telur saya berkembang dan matang. Untuk rawatan clomic ini, saya akan menceritakan pada post yang akan datang. Semoga berjumpa lagi.

sekian, dari wanitaseluruhdunia.blogspot.com


4 comments:

  1. hi..sebenarnya tahap kesakitan rawatan hsg bergantung kepada keadaan tiub fallopio seseorang.sekiranya kedua2 belah tersumbat, sakit akan lebih terasa kerana tekanan di rahim sgt kuat , dan dye tersebut x blh pergi mana2..sy hampir pitam dan diberikansuntikan penahan sakit serta suntikan air kot...sy x sedar dah masa tu...and at last Dr .menyatakantiub fallopio sy tersumbat di kedua2 belah..tp sedih masa tu x dpt menandingi kesakitan hsg sy...pagi tu keluar jg darah2 cair.and malam tu. ada keluar darah kental seperti darah haid..sedangkan dah 5 hari sy habis haid

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai..macam mana TTC awak sekarang? Harap setiasa positif dan usaha berjaya..

      Delete
  2. HSG tak la sakit semasa rawatan.cuma senak selepas 1/2 jam rawatan seperti sengugut.darah just keluar 1 ari..Alhamdulillah selesai HSG appoinment seterusnya untuk IUI tunggu next cycle period.Semoga Allah permudahkan.Amin

    ReplyDelete

PERDANA MENTERI MALAYSIA TUN DOKTOR MAHATHIR MOHAMAD

Selamat pagi.. Harini saya saja nak kongsi pengalam saya berjumpa PM kita..Saya sebenarnya hanya sekali jumpe Tun dalam hidup saya. Masa t...