ADSENSE

Sunday, 7 August 2011

RAWATAN MODEN USAHA MENDAPATKAN ZURIAT

Salam dan selamat petang semua.

Pada post ini saya akan kongsikan rawatan moden bagi usaha untuk mendapatkan zuriat. Cerita ini berdasarkan pengalaman saya sendiri dan inign berkongsi bersama rakan-rakan pembaca blog saya. Harapan saya agar semua yang membaca blog ini akan mendapat manfaat dan membuka jalan penyelesaian bagi masalah ini.

Pada mulanya memang saya bercadang untuk membuat rawatan kampung sahaja. Iaitu dengan kaedah urutan bagi masalah saya ini. Tetapi atas nasihat keluarga dan suami, saya mula membuat rawatan di Hospital. Pasti ada rakan-rakan pembaca yang tidak tahu bagaimana cara untuk memulakan rawatan bagi pasangan yang ingin mendapatkan zuriat.

Saya akan kongsikan langkah-langkah bagi mendapatkan rawatan pakar khususnya untuk mendapatkan zuriat di hospital.

Langkah pertama adalah dengan membuat pemeriksaan di klinik bagi permasalahan yang dihadapi. Saya sendiri membuat pemeriksaan di klinik panel bagi masalah saya. Setelah mencuba beberapa kaedah iaitu mengira hari subur dan mengambil ubat seperti vitamin, asid folik dan clomic, doktor menasihatkan saya supaya berjumpa pakar.

Saya menghubungi beberapa klinik dan hospital yang membuat rawatan untuk mendapatkan zuriat, akhirnya saya memilih untuk membuat rawatan di HUKM. Untuk membuat temujanji yang pertama, pihak O&G HUKM meminta surat rujukan daripada klinik panel dan Guarantee Letter (GL)  daripada majikan untuk mendapat status rawatan secara percuma.

Setelah membawa surat rujukan daripada klinik dan GL, akhirnya saya mendapat temujanji yang pertama iaitu pada bulan Febuari 2011. Alhadulillah langkah pertama telah selesai. Berdebar-debar menunggu saat temujanji ini.

Ingin terus mengetahui langkah seterusnya ? Insyaallah saya akan kongsikan pada post akan datang iaitu RAWATAN KESUBURAN DI HUKM. Jadi teruslah menjadi pembaca yang setia dengan blog saya di http://www.wanitaseluruhdunia.blogspot.com/ 
Sekian.

No comments:

Post a Comment

PERDANA MENTERI MALAYSIA TUN DOKTOR MAHATHIR MOHAMAD

Selamat pagi.. Harini saya saja nak kongsi pengalam saya berjumpa PM kita..Saya sebenarnya hanya sekali jumpe Tun dalam hidup saya. Masa t...