Selamat petang semua....
Dalam post kali ini saya akan kongsikan rawatan kesuburan di HUKM. Pada post yang lepas saya telah menceritakan bagaimana saya membuat temujanji yang pertama dengan bahagian O&G HUKM. Harap dapat membantu rakan-rakan untuk langkah pertama membuat rawatan.
Alhamdulillah, masa yang ditunggu telah tiba. Seawal pagi lagi saya dan suami telah sampai di sana. Memang ramai sangat orang. Nasihat saya, datanglah awal, kalau tidak memang petang baru siap. Macam biasa, saya timbang berat badan dan check tekanan darah dulu. Lepas tu tunggu giliran untuk scan rahim.
Sewaktu doktor scan rahim saya, Tuhan je tahu memang takut sangat ada ketumbuhan. Sebab saya rasa keras je dekat rahim. Alhamdulillah normal.
Lepas je scan rahim, tunggu giliran untuk berjumpa doktor. Huh, dekat 3 jam juga la tunggu giliran. Sambil tungu, kami pergi la makan dulu. Kat HUKM mudah untuk makan pagi dan tegah hari. Makanan dekat kafeteria dia pun sedap dan banyak pilihan. So, kepada sesiapa yang tak sempat nak makan pagi, jangan susah hati. Boleh makan disana.
Tiba la giliran untuk berjumpa doktor. Doktor saya tu, doktor perempuan india. Baik sangat. Dia terangkan dengn terperinci dan mudah faham. Memang pada mula temujanji degan doktor, suami kene ikut sekali. Banyak soalan yang ditanya.
Pada hari yang sama juga doktor akan buat papsmear kalau kita tidak haid la. Lepas tu, kene ambil darah untuk day 2 period dan day 21 period.Manakala si suami pula kene buat sperma test sebelum temujanji yang kedua.
Temujanji yang kedua adalah selepas 2 bulan dari tarikh temujanji yang pertama. Pada temujanji yang kedua, doktor terangkan keputusan ujian darah isteri dan sperma suami. Doktor cakap suami saya normal dan saya ada masalah hormon PCOS. Doktor nasihatkan saya supaya makan pil perancang untuk 3 cycle supaya hormon saya stabil dan haid datang on time. Temujanji yang seterusnya adalah 3 bulan selepas teujanji yang kedua.
Pada temujanji yang ketiga, doktor suruh saya buat rawatan HSG untuk check tiub fallopio tersumbat ke tidak. Ok, untuk rawatan HSG saya akan terangkan pada post yang akan datang. Terima kasih. Jump lagi.
ADSENSE
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
PERDANA MENTERI MALAYSIA TUN DOKTOR MAHATHIR MOHAMAD
Selamat pagi.. Harini saya saja nak kongsi pengalam saya berjumpa PM kita..Saya sebenarnya hanya sekali jumpe Tun dalam hidup saya. Masa t...
-
Hai... Lama sangat rasanya menyepi. Masih memujuk hati dan mengumpul kekuatan diri... Sungguh menguji ketabahan hati bila bercerita topik...
-
Hai..Selamat pagi... Akhirnya Alisha minum susu ni..Enfalac a+ ar untuk baby yang kerap muntah.. Kali pertama bagi, alisha macam ta...
-
Salam.. Alisha dah minum susu ni.. Rasa dia pahit2 skit..Tp, masih boleh diterima oleh baby.. Susu Mamex HA ni ok..alisha tak muntah lan...
Assalammualikum, saya hamiza, saya ingin tanya rawatan kesuburan ni hanya boleh yang sudah berkahwin je ke? saya umur 20an tapi saya teringin check, boleh ke? and berapa kah harga bayaran..=)
ReplyDeletepe2 boleh emelkan kat saya ea, terima kasih
hbzanur2@gmail.com