Salam dan selamat pagi semua.
Dalam post ini saya akan kongsikan beberapa rawatan kampung untuk mendapatkan zuriat. Ini saya cerita berdasarkan pengalaman saya dan sahabat baik saya sendiri.
Setelah genap setahun mendirikan rumah tangga, rasa hidup ini sunyi sangat tanpa zuriat. Melihat kawan-kawan yang baru kahwin, terus dikurniakan zuriat menitis air mata saya. Sayu sangat apabila mengenangkan adik sendiri baru kahwin terus mengandung.
Tiap kali balik kampug, soalan yang selalu ditanya "dah ada anak blom" ? Fuh, susah nak jawab. Siap ada yang tanya "anak dah boleh jalan dah"?. Hemmmm...redha je la. Dah tak mampu nak tepis soalan lagi.
Rawatan kampung, asal cakap je, saya akan pergi. Kawan saya cakap dia pergi rumah mak bidan kat kampung dia, Alhamdulillah dia mengandung selepas tiga kali jumpa mak bidan tu. Jadi dia pun mencadangkan saya jumpa mak bidan tu kerana dia telah hamil. Kawan saya ni dah kahwin setahun lebih dan dia anak tunggal. Memang keluarga dia susah mendapat zuriat. Mak dia dulu pergi Mekah mintak doa dengan Allah, akhirnya Allah makbulkan doa.
Saya bersama suami pergi kerumah mak bidan tu. Mula-mula sampai rumah dia tu, terkejut tengok ramai sangat orang. Kami pergi bawa sireh 7 helai dan air mineral. Akhirnya tiba giliran saya. Mak bidan tu urut dan baca ayat suci Al-Quran, dia cakap rahim saya senget belah kiri. Inilah punca bila bersama suami, air mani banyak keluar balik katanya. Lepas dia betulkan, adalah beza Alhamdulillah....
Dah dua orang kawan saya pergi jumpa mak bidan tu dengan izin Allah berjaya hamil. Saya plak, sempat jumpa mak bidan tu sekali je kerana cuti dah habis dan terpaksa balik ke KL. Insyaallah balik nanti nak pergi lagi.
ADSENSE
Wednesday, 27 July 2011
Monday, 25 July 2011
INGIN HAMIL
Assalamualaikum dan Selamat sejahtera.
Ilmu yang ingin dikongsikan ini adalah mengenai wanita yang ingin hamil. Setiap wanita yang mendirikan rumah tangga sudah pasti ingin mempunyai zuriat dari darah daging sendiri. Zuriat merupakan anugerah kurniaan dari-NYA yang tak terhingga.
Zuriat juga merupakan penyeri didalam rumah tangga. Tangisan dan gelak-tawanya memberikan seribu kemanisan yang mendamaikan. Tetapi Allah Maha Mengetahui, ada juga pasangan suami isteri yang masih belum dikurniakan zuriat setelah sekian lama mendirikan rumah tangga. Kita sebagai hamba-Nya harus berusaha dan memohon kepada-Nya.
Allah Maha Pemurah dan Maha Pengasihani. Setiap yang terjadi pasti ada Hikmahnya. Pada post akan datang, saya akan ceritakan pengalaman saya dalam usaha untuk mendapatkan zuriat. Jumpe lagi.
W'salam.....

PENGENALAN
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah bersyukur saya kehadrat Ilahi kerana diberi kesempatan untuk mempunyai Blog sendiri. Diharapkan dengan adanya Blog ini, dapat saya berkongsi serba sedikit ilmu pengetahuan bersama wanita di seluruh dunia. Dan saya juga mengalu-alukan pendapat serta idea semua wanita di seluruh dunia untuk dikongsikan bersama.
Blog saya ini baru dipermulaan. Saya akan berusaha untuk cuba memuatkan dengan ilmu pengetahuan serta panduan bagi kaum wanita yang khususnya.
Wanita hiasan dunia dan seindah hiasan adalah wanita solehah. Wanita atau lebih dikenali dengan kaum hawa merupakan insan yang istimewa. Setiap individu mempunyai pendapat yang berbeza mengenai definisi wanita.
Pada pandangan saya sendiri, wanita adalah insan yang kuat dan penuh dengan nilai-nilai yang terpuji.Tangan wanita yang menghayun buaian, boleh menggongcang dunia.Insyaallah.

Subscribe to:
Posts (Atom)
PERDANA MENTERI MALAYSIA TUN DOKTOR MAHATHIR MOHAMAD
Selamat pagi.. Harini saya saja nak kongsi pengalam saya berjumpa PM kita..Saya sebenarnya hanya sekali jumpe Tun dalam hidup saya. Masa t...
-
Hai... Lama sangat rasanya menyepi. Masih memujuk hati dan mengumpul kekuatan diri... Sungguh menguji ketabahan hati bila bercerita topik...
-
Hai..Selamat pagi... Akhirnya Alisha minum susu ni..Enfalac a+ ar untuk baby yang kerap muntah.. Kali pertama bagi, alisha macam ta...
-
Salam.. Alisha dah minum susu ni.. Rasa dia pahit2 skit..Tp, masih boleh diterima oleh baby.. Susu Mamex HA ni ok..alisha tak muntah lan...