ADSENSE

Wednesday, 27 July 2011

RAWATAN KAMPUNG USAHA MENDAPATKAN ZURIAT

Salam dan selamat pagi semua.

Dalam post ini saya akan kongsikan beberapa rawatan kampung untuk mendapatkan zuriat. Ini saya cerita berdasarkan pengalaman saya dan sahabat baik saya sendiri.

Setelah genap setahun mendirikan rumah tangga, rasa hidup ini sunyi sangat tanpa zuriat. Melihat kawan-kawan yang baru kahwin, terus dikurniakan zuriat menitis air mata saya. Sayu sangat apabila mengenangkan adik sendiri baru kahwin terus mengandung.

Tiap kali balik kampug, soalan yang selalu ditanya "dah ada anak blom" ? Fuh, susah nak jawab. Siap ada yang tanya "anak dah boleh jalan dah"?. Hemmmm...redha je la. Dah tak mampu nak tepis soalan lagi.

Rawatan kampung, asal cakap je, saya akan pergi. Kawan saya cakap dia pergi rumah mak bidan kat kampung dia, Alhamdulillah dia mengandung selepas tiga kali jumpa mak bidan tu. Jadi dia pun mencadangkan saya jumpa mak bidan tu kerana dia telah hamil. Kawan saya ni dah kahwin setahun lebih dan dia anak tunggal. Memang keluarga dia susah mendapat zuriat. Mak dia dulu pergi Mekah mintak doa dengan Allah, akhirnya Allah makbulkan doa.

Saya bersama suami pergi kerumah mak bidan tu. Mula-mula sampai rumah dia tu, terkejut tengok ramai sangat orang. Kami pergi bawa sireh 7 helai dan air mineral. Akhirnya tiba giliran saya. Mak bidan tu urut dan baca ayat suci Al-Quran, dia cakap rahim saya senget belah kiri. Inilah punca bila bersama suami, air mani banyak keluar balik katanya. Lepas dia betulkan, adalah beza Alhamdulillah....

Dah dua orang kawan saya pergi jumpa mak bidan tu dengan izin Allah berjaya hamil. Saya plak, sempat jumpa mak bidan tu sekali je kerana cuti dah habis dan terpaksa balik ke KL. Insyaallah balik nanti nak pergi lagi.

8 comments:

  1. salam puan..boleh tk sekiranya puan boleh bagi contact num bidan tu..
    jika tidak keberatan msg/whatsapp sy 0132609758 terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm.. Dia tak de contact number..Tapi rumah dekat dengan umah MIL saya di jeli, kelantan..

      Delete
  2. salam puan..boleh tk sekiranya puan boleh bagi contact num bidan tu..
    jika tidak keberatan msg/whatsapp sy 0111 229 5939 terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm.. Dia tak de contact number..Tapi rumah dekat dengan umah MIL saya di jeli, kelantan..

      Delete
  3. salam puan..boleh tak puan bagi contact number bidan tu..
    Boleh juga msg/whatsapp sy 0184644227 terima kasih

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm.. Dia tak de contact number..Tapi rumah dekat dengan umah MIL saya di jeli, kelantan..

      Delete
  4. Assalamualaikum, jika tidak keberatan boleh ke puan kongsikan pada saya alamat atau no tel utk saya contact bidan tersebut

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm.. Dia tak de contact number..Tapi rumah dekat dengan umah MIL saya di jeli, kelantan..

      Delete

PERDANA MENTERI MALAYSIA TUN DOKTOR MAHATHIR MOHAMAD

Selamat pagi.. Harini saya saja nak kongsi pengalam saya berjumpa PM kita..Saya sebenarnya hanya sekali jumpe Tun dalam hidup saya. Masa t...