Tuesday, 25 April 2017

CHEESETART - CHEESE TART


Call/Wasap Zie 019-3731737
 
Cheesetart strawberry Coklat

RM2  untuk Sebiji

RM45 untuk 25 biji

RM90 untuk 50 biji



COD Sungai Besi, Bandar tasik Selatan & Sekitarnya

Caj Penghantaran yang munasabah dikenakan

Cheesetart Nutella

RM1  untuk Sebiji

RM25 untuk 25 biji

RM50 untuk 50 biji

RM95 untuk 100 biji

COD Sungai Besi, Bandar tasik Selatan & Sekitarnya

Caj Penghantaran yang munasabah dikenakan
Cheesetart Blueberry & Kiwi

RM1  untuk Sebiji

RM25 untuk 25 biji

RM48 untuk 50 biji

RM95 untuk 100 biji

COD Sungai Besi, Bandar tasik Selatan & Sekitarnya




Cheesetart perisa Coklat

RM1  untuk Sebiji

RM25 untuk 25 biji

RM48 untuk 50 biji

RM95 untuk 100 biji

COD Sungai Besi, Bandar tasik Selatan & Sekitarnya

Caj Penghantaran yang munasabah dikenakan

Thursday, 13 April 2017

8 Kandungan Susu Formula bayi Yang Bermanfaat Untuk kesihatan



1



8 KANDUNGAN SUSU FORMULA BAYI YANG BERMANFAAT UNTUK KESIHATAN

AA (arachidonic acid) atau disebut juga AHA atau ARA untuk pembentukan jaringan otak dan untuk perkembangan otak bayi.

Prebiotik. menyempurnakan sistem pencernaan bayi serta agar bayi terhindar dari sembelit.

Omega 3 dan omega 6 berguna untuk memelihara kesehatan rambut, kulit, kuku, hormon, dan mencegah kerosakan sel.

DHA (docosahexaenoic acid). Hampir sama seperti AA / AHA / ARA, maka DHA juga berfungsi membantu perkembangan otak dan penglihatan.

LA (linoleic acid) sangat berguna untuk perkembangan otak dan mental bayi sama dengan AA dan DHA.

FOS (fructo oligo sakarida) dan GOS (galakto oligo sakarida) adalah untuk meningkatkan kekebalan tubuh.

Beta karotene dan laktoferin sebagai anti oksidan serta  meningkatkan daya tahan dan kekebalan tubuh.

Kolin adalah untuk mencegah membran sel agar tidak mudah bocor atau rapuh

Sunday, 19 March 2017

SUSU NESTLE NAN FREE LACTOSE (TANPA LAKTOSA)

Selamat pagi semua..

Alhamdulillah alisha serasi dengan susu NAN LF.. Tak muntah dan berak pon ok..
Bila jumpa pakar, masa itu umur alisha 5 bulan, dia suruh try bagi susu biasa katanya susu LF ni tak bagus untuk digunakan jangka masa panjang. Bila dah ok, kene bertukar kepada susu biasa..

Balik je dari klinik, saya beli NAN RUMUSAN BAYI..Bagi alisha minum, alhamdulillah dia dah tak muntah..So, sampai la sekarang alisha minum susu ni..Kata doktor, muntah ni biasa terjadi pada bayi bawah 6 bulan..Ada susu yang boleh rawat muntah contoh nye AR..


Monday, 13 February 2017

S 26 GOLD

Susu oh la susu..
Yang mana satu..idaman kalbu..he3..
Alahai susu s26 gold ni tak serasi dengan alisha rupanya..
Matanya bertahi, batuk dan juga start muntah...

Jadi, teruskan la dulu bagi similac LF tu..
Yang s26 gold ni bagi la abg long minum..x pe kan..kan..
Jangan membazir..susu ni mahal woooo...

Sekarang similac LF ni alisha dah berak warna hijau muda dan keras skit..
Apa lagi...mengoogle la lagi susu LF yang lain..brand Dumex dia x leh minum...Naik ruam..
Last2 semalam beli NAN FREE LACTOSE... susu ni murah skit 400g RM22.50 je..

Malam tadi try bagi NAN LF tu... yess dia minum licin 5 oz..Burp... clean jek..yesss mmg tak muntah..
Rasanya mmg alisha ni alah laktosa.. Sebab susu lain semua muntah..
Kecuali yang Lactose Free je x muntah..

Saya beli susu nan LF sebab ada bifidus tu yang bakteria baik untuk usus..
Tengok alisha yak yak ok ke tak nanti..Malam tadi tidur nyenyak je..
Tidur pukul 9mlm...Pukul 4 pagi baru bangun mintak susu lg..
Ok la tu..mama pon blh tdo lena..he3..

Abe long dah cerdik..dah pandai tidur sendiri..Alhamdulillah..
Lega hati mama..

Ok, nanti saya update ye alisha ok ke tak susu NAN FREE LACTOSE ni ye..

Jumpe lg..

Wednesday, 1 February 2017

SIMILAC LACTOSE FREE (TANPA LAKTOSA)

Selamat pagi u olls..

Ini kisah susu alisha lagi.. Kenapa la belum jumpe yang serasi..
Susu similac lactose free ni lama juga alisha minum..Dah 3 tin besar dan 6 tin kecik..
Muntah dah kurang sgt..Cuma jeluak tu ketul2..

Beberapa hari ni pengasuh mengadu susah nak tidur..
Dia macam tak kenyang..
Alamak nyer tak dapat buat kerja la jadi nye..
Saya dah try bagi susu snow kat alisha, tapi muntah sangat banyak..
Saya bagi similac advance pon muntah juga..

Balik kerja petang kelmarin saya gigih la g 99 beli s 26 gold..Harga 600g RM70 ok..Sabor je la..
Malam tadi saya bagi dia minum s 26 gold..Nampak ok..Muntah juga sikit..dan jeluak juga..
Tapi tak la teruk..Tau x apa terjadi??? Jeng3..Dia tdo 3 jam baru bangun..

Pagi tadi bekalkan susu s26 gold dekat pengasuh..Bagi untuk 1 bancuhan je 40z..Ye la..
Nak tukar susu mana boleh tukar terus..Kene ikut rule dia.. 1-3 hari bagi sekali je sehari..
4-7 hari bagi 2 kali sehari.. 8-10 hari bagi 3 kali sehari.. Hari ke 11 boleh tukar susu baru..

Kalau alisha serasi dengan susu s 26 gold ni pon, parah juga..Harga ya ampun..he3..
Tak pe, kita tengok dulu camne ye lisha..
Harap sangat alisha cepat ok dan tak muntah dah..Dah nak masuk 5 bulan dh ni..
6 bulan dah nak start makan dah..

Moga alisha baik2 saja..Insha Allah..

Tuesday, 10 January 2017

BAYI BERTAHI MATA

Hai..
Pagi ni nak cerita pengalaman sendiri..
Masa alisha baru lahir dia bertahi mata yang banyak..
Pagi bangun tidur tak boleh buka mata pon..Sian tengok..
Orang cakap panas dalam..

MIL cakap letak air susu ibu kat mata dia..Lama-lama dia ok..
Tapi saya tengok mata alisha sama je..Dah banyak hari letak air susu ibu ni..
Berjangkit pulak ke mata sebelah kiri..Dua2 x blh bukak..

Saya pon menggoogle la..he3...
Dah tanya Klinik kesihatan pon dia cakap lama2 ok la..
Ini terjadi sebab salur air mata dia belum matang lagi..

Last2 saya pergi farmasi beli ubat..Masa tu baby dalam pantang lagi..
Saya titik dalam mata dia..
Dua hari je mata dia dah ok..Sampai la sekarang..
Alhamdulillah anak mama dah sembuh..

Sunday, 8 January 2017

ENFALAC A+ ANTI REGURGITASI RUMUSAN KHAS

Hai..Selamat pagi...
Akhirnya Alisha minum susu ni..Enfalac a+ ar untuk baby yang kerap muntah..
Kali pertama bagi, alisha macam tak berapa nak minum..
Tapi sebab lapar, dia minum juga..
Habis 3 oz, burp....clean je..
Tak sampai seminit zupppp keluar habis..siap kuar ikut hidung..
Lemas ok..Panic nyer la hai..

Mama tak putus asa..mungkin 1st try kot..x serasi lagi..
Then cuba lagi mlm tu, muntah juga..
Esoknya bagi susu ni kat pengasuh, dia bising2 cakap alisha tak nak susu..
Minum je muntah banyak..susu ni yang paling x ok..alisha merengek je..tidur pon tak nak..
Letak bawah pon x nak..Tak leh buat kerja kata pengasuhnya..

Makanya mama dan papa pon susah hati..terus cari susu lain..Pengasuh suruh bagi susu snow..
Puas la mencari, rupanya payah susu ni..Last2 papa balik dengan tangan kosong..
Saya pun duk tenung je susu2 yang dah beli yang alisha minum sekali dua je.
Last2 terpandang susu similac lactose free..Buka tin, terus bancuh bagi alisha..

Dia minum dengan sedapnya habis 4oz.. Burppppp...celan jek...tp bunyi basah mcm nak muntah..
Yes muntah...tp sikit je..Lepas tu dia terus lena dekat 3 jam ok.. Mama perhati je..
Then, bangun lapar...Mandikan, bagi susu habis 3oz..Burpppp...x muntah..
Letak bawah dia sengeh2 dan duk meniarap je kejenya..Dah lenguh, nangis..
Nampak Alisha dah kembali ceria..Berak pon 1x sehari..ok la..

Harap hari ni pengasuh dia tak mengadu yang alisha meragam lagi dah la..
Nebes mak ni..

 

CHEESETART - CHEESE TART

Call/Wasap Zie 019-3731737   Cheesetart strawberry Coklat RM2  untuk Sebiji RM45 untuk 25 biji RM90 untuk 50 biji COD Sungai...